Kelas Advokasi Individu Secara Maya: Tahukah Anda, Apakah itu E-Dompet@E-Wallet?

9 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta sahaja. Kelas ini dilakukan secara atas talian dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti Kg Tebelu dan bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 1100AM.

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada peserta mengenai pentingnya penggunaan wang digital pada zaman moden ini. Ini amat bersesuaian dengan pelbagai aplikasi yang berkaitan dengan e-dompet telah dicipta demi kemudahan dan kesenangan orang ramai tanpa mengira bangsa, usia dan agama.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta memahami akan kepentingan serta kebaikan penggunaa e-dompet pada masa sekarang dan akan datang. Ini juga secara langsung dapat menjaga keselamatan diri peserta iaitu tidak membawa wang secara fizikal dengan banyak. Segala pembayaran dan transaksi hanya dilakukan dengan hujung jari sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali