Perketat kawalan sempadan, cegah kemasukan varian Lambda COVID-19

8 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.

Malaysia perlu memperketatkan kawalan sempadan antarabangsa bagi mengelak kemasukan varian Lambda COVID-19 yang dilaporkan lebih berbahaya dan mungkin 'kebal' terhadap vaksin yang sedia ada.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tindakan itu walaupun setakat ini penelitian pihaknya belum merekodkan sebarang penemuan varian berkenaan yang dikesan berasal dari Peru itu.

Bagaimanapun, katanya, usaha membabitkan pelbagai agensi dalam membendung penularan varian baharu dan berbahaya sedemikian akan terus dipergiatkan.

Varian Lambda yang dikenali sebagai C.37 mengikut klasifikasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pertama kali dikesan di Peru, setakat ini menyebabkan 80 peratus penduduk di Amerika Selatan itu dijangkiti varian terbabit.

Pada 14 Jun lalu, WHO mengisytiharkan varian Lambda sebagai varian berkepentingan (VOI), malah pakar kesihatan antarabangsa menyatakan mutasi sedemikian jarang ditemui, sekali gus mengundang kemungkinan ia kebal terhadap vaksin COVID-19 sedia ada.

Berdasarkan perangkaan, varian Delta yang berasal dari India menyebabkan 38 peratus kematian, namun Lambda bertindak lebih ganas dan dikesan merebak ke lebih 30 negara di seluruh dunia.

Saintis Nick Cater dari Pusat Penyelidikan Menzies, sebelum ini dilaporkan berkata, Lambda lebih mudah menular berbanding varian Gamma dan Alpha, selain berupaya melawan sistem pertahanan badan dihasilkan menerusi suntikan vaksin.

Hal itu kerana mutasi dalam lonjakan protein varian Lambda meningkatkan keupayaan jangkitan itu dan menangkis susulan suntikan pelalian.

Sumber: Berita Harian Online, 7/7/2021.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali