KWSP pelbagaikan pelaburan untuk pulangan stabil

7 September 2021 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal dengan strategi pempelbagaian aset pelaburannya bagi memastikan pulangan stabil dan mapan kepada pencarumnya meskipun berdepan persekitaran mencabar.

Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, berkata kepelbagaian pelaburan penting dan setiap tiga tahun, pengurus dana persaraan itu akan menyemak semula Alokasi Aset Strategik (SAA).

Beliau berkata, kepelbagaian kelas aset dan tindakan memperluaskan pelaburan dalam pasaran antarabangsa juga memberi kelebihan kepada KWSP untuk mengekalkan pemberian pulangan yang mapan kepada ahlinya.

Mengulas sama ada pelaksanaan i-Citra dan i-Sinar memberi kesan kepada pelaburan KWSP, Nurhisham berkata, ia memberi kesan dari segi kemampuan pengurus dana persaraan itu untuk membeli lebih banyak aset, namun ia tidak menjejaskannya dari segi pulangan.

Beliau berkata, pengeluaran sedemikian memberi keseimbangan dari segi pembelian aset dan keperluan untuk KWSP menjana pendapatan yang lebih bagi pembayaran jumlah dividen tertentu.

Pada akhir Mac 2021, jumlah aset pelaburan KWSP adalah RM981.71 bilion, yang mana 36 peratus diperuntukkan dalam pasaran luar negara.

Pempelbagaian merentasi beberapa kelas aset, pasaran dan mata wang telah menjana pulangan yang stabil dan menambah nilai kepada pulangan keseluruhan KWSP.

Bagi suku pertama 2021, pelaburan luar negara KWSP telah menyumbang sebanyak RM11.15 bilion atau 58 peratus kepada jumlah pendapatan pelaburan kasar yang direkodkan, terutamanya oleh ekuiti luar negara.

erdasarkan kelas aset, instrumen pendapatan tetap merangkumi 46 peratus daripada pelaburan, manakala ekuiti sebanyak 44 peratus, sementara hartanah dan infrastruktur serta instrumen pasaran wang masing-masing merangkumi 4.0 peratus dan 6.0 peratus daripada pelaburan.

Portfolio itu mencerminkan strategi diversifikasi KWSP untuk memastikan pulangan optimum dalam lingkungan had risiko yang boleh diterima berpandukan SAA, yang telah terbukti berdaya tahan dalam menghadapi persekitaran pasaran yang mencabar, terutama semasa krisis pandemik COVID-19.

Sumber: Berita Harian Online, 6/9/2021.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali