Aktiviti Laman Web Individu (Menjawab Soalan Teori Daya Penyelesaian Masalah untuk Jawatan Pembantu Penguasa Kastam WK19 SPA)

9 April 2021 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) yang hadir ke aktiviti tersebut. Kelas ini bermula pada pukul 1000AM dan tamat pada pukul 1100AM bertempat di Pusat Internet Komuniti Pasir Pandak.

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menjawab soalan-soalan asas yang memerlukan daya penyelesaian dengan cepat seperti mana yang diperlukan dalam syarat-syarat utama dalam pengambilan pekerja baharu dalam sektor awam. Kebanyakan soalan yang ditanya dalam sesi tersebut merupakan soalan mudah yang pernah diajar dalam peringkat sekolah bagi menyegarkan semula minda peserta untuk menjawab soalan yang pernah ditanya ketika dalam era persekolahan. Terdapat dua bahagian yang dimuatkan dalam soalan ini iaitu bahagian A, soalan berkaitan dengan Matematik dan bahagian B, soalan mudah dalam Bahasa Inggeris. Staf turut membantu peserta dari segi penterjemahan untuk bahagian B apabila peserta bertanya mengenai beberapa perkataan Bahasa Inggeris yang kurang difahami. Kebanyakan soalan yang ditanya adalah dalam bentuk pengetahuan am.

Kelebihan aktiviti ini ialah agar mereka secara langsung dapat mengingat kembali apa yang telah dipelajari pada zaman persekolahan mereka khasnya berkaitan dengan penyelesaian masalah yang melibatkan Matematik dan Bahasa Inggeris khasnya. Ini penting dan memberikan manfaat juga kepada mereka agar mereka dapat menyelesaikan masalah pada masa itu juga ketika berlakunya perkara kecemasan secara tiba-tiba ditempat kerja. Oleh yang demikian, soalan pengetahuan am seperti ini adalah penting dalam pra-syarat atau syarat pengambilan bakal pekerja dalam sektor awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali