Hebahan Pusat Internet Komuniti (PIK) akan digerakkan sebagai Pusat Bantu Daftar Penerima Vaksin Covid-19
9 April 2021 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini mengumumkan, mereka akan menggunakan Pusat Internet Komuniti di seluruh negara sebagai pusat bantuan dalamm usaha membantu orang ramai untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.
Usaha ini memfokuskan kepada orang ramai yang menghadapi kesukaran, termasuk warga emas.
Dengan langkah ini, warga Pusat Internet Komuniti akan membantu dalamm proses pendaftaran, selain turut akan memaklumkan orang awam berkenaan dengan pendaftaran vaksin Covid-19.
Ini secara tidak langsung dijangka akan turut meningkatkan tahap kesedaran orang ramai berkenaan dengan proses vaksinasi, dan kepentingannya.
Bagi anda yang sedia mempunyai akses kepada aplikasi MySejahtera, anda digalakkan untuk mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera hari ini.
Sumber: Amanz Media Online, 1/4/2021.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: