Kelas Pendidikan Pengetahuan Am Secara Maya: Jom Kenali Negara Jiran Kita (Negara Brunei Darussalam)

6 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat dengan melibatkan dua (2) orang peserta. Kelas ini dilakukan secara atas talian dan bermula pada pukul 900PM serta tamat pada pukul 1100PM.

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada peserta mengenai negara jiran iaitu Negara Brunei Darussalam. Peserta didedahkan dengan trivia mengenai negara tersebut dan sekaligus memperkenal tempat-tempat pelancongan menarik yang boleh dilawati ke sana. Terdapat tayangan video turut dimuatkan dalam sesi ini.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta sedikit sebanyak mempunyai pengetahuan mengenai negara Brunei Darussalam agar mudah bagi mereka untuk ke sana dan tidak berasa kekok ketika melawat negara Brunei Darussalam. Peserta juga diajar untuk bertutur dalam Bahasa Melayu Brunei yang asas agar mudah baginya untuk bertutur dengan penduduk negara tersebut apabila melakukan sebarang transaksi atau aktiviti yang diperlukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali