Kelas Website Cara Daftar BSN Online Banking

8 September 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) yang hadir ke aktiviti tersebut. Kelas ini bermula pada pukul 0900AM dan tamat pada pukul 1100AM bertempat di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak.

Tujuan kelas ini mengajar cara mendaftar BSN Online Banking di dalam website BSN. Sekarang ni semua bank dah buat sistem online untuk memudahkan pengguna, terutamanya dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Dengan ada nya BSN Online Banking ini kita boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet seperti menyemak baki, membayar bil, memindahkan wang dan banyak lagi mengikut keselesaan kita sendiri.

Kelebihan kelas ini dapat memberi tunjuk ajar cara mendaftar dengan betul seperti memasukkan kad pengenalan, nombor telefon, pengesahan pendaftaran dan cara log masuk.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali