PRN Sarawak dijangka awal Disember

5 November 2021 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas. Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dijangka diadakan awal Disember ini berdasarkan makluman pembatalan darurat oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 4 November 2021.

Bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar, berkata berdasarkan makluman pembatalan darurat itu, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari bermula dari tarikh pembatalan darurat 3 November lalu. Katanya, jika diambil kira pembatalan pada 3 November, bermakna tempoh 60 hari dari tarikh itu adalah dalam tempoh November hingga 3 Januari tahun 2022. Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar mengulas bahawa PRN Swak mungkin perlu diadakan segera bagi mengelakkan musim hujan cuaca kurang baik. Pengundian membabitkan kawasan pedalaman yang memerlukan penggunaan helikopter, jalan darat dan pengangkutan melalui sungai, maka faktor cuaca amat perlu diambil perhatian.

Beliau mengulas lagi bahawa mungkin waktu pengundian di kawasan pedalaman perlu dipinda sikit atas faktor cuaca, jika terpaksa. Itu juga di bawah kuasa SPR. SPR memaklumkan, akan mengadakan mesyuarat khas dalam waktu terdekat selepas menerima pemakluman pembatalan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong. SPR memaklumkan, berdasarkan Seksyen 3(3) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(Sarawak) 2021, Dewan Undangan Negeri hendaklah terbubar pada tarikh Proklamasi Darurat (Sarawak) dibatalkan atau diungkaikan. Di bawah Seksyen 3(4) Ordinan yang sama berkehendakkan suatu pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Proklamasi Darurat (Sarawak) dibatalkan atau diungkaikan. Wan Ahmad berkata, SPR sudah bersedia dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk melaksanakan PRN dalam waktu terdekat.

Beliau menjelaskan, berdasarkan pengalamannya, latihan ulangan kepada pegawai dan petugas di pusat mengundi boleh dibuat dan diuruskan pada bila-bila masa, secara serentak di seluruh negeri Sarawak.Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, pegawai dari ibu pejabat dan dari negeri lain juga boleh dikerahkan ke Sarawak untuk membantu Pejabat Pilihan Raya negeri di Kuching, bagi melicinkan dan memastikan PRN berjalan lancar dan berjaya.Katanya lagi, agensi lain yang membantu SPR seperti polis, Kementerian Kesihatan (KKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga sudah bersedia menghadapi PRN itu.Ditanya cadangan supaya diperkenalkan undi pos untuk pengundi yang berada di Semenanjung dan di kawasan pedalaman, katanya, SPR boleh berbuat demikian tanpa memerlukan pindaan peruntukan atau kelulusan Parlimen.

Sumber: Berita Harian Online, 04/11/2021.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali