Kelas Advokasi Individu Secara Maya: Jom Ketahui Penyakit Alzheimer
28 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan secara atas talian dan bermula pada pukul 1130AM serta tamat pada pukul 1230PM. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada peserta mengenai penyakit Alzheimer. Ini penting kerana ramai dalam kalangan masyarakat belum didedahkan mengenai penyakit Alzheimer. Malah ada yang tidak pernah dengar nama penyakit ini. Ini amat membimbangkan. Oleh itu, adalah perlu kelas tersebut diadakan agar komuniti boleh mengambil langkah-langkah awal dengan segera bagi mengelakkan ia berlaku dengan kadar yang membimbangkan dalam kalangan komuniti dan juga negara.
Kelebihan kelas ini ialah agar peserta boleh mengubah dari segi gaya hidup khasnya melibatkan otak atau mental. Ia dapat dilakukan dengan amalan bersenam lebih kerap serta pengambilan makanan yang seimbang untuk kesihatan minda atau otak.Ini sangat penting kerana jika gaya hidup tidak diubah dengan lebih awal, gaya hidup yang diamalkan secara normal sebelum ini iaitu kurang bersenam, kurang masa untuk tidur dan pengambilan makanan kurang seimbang akan mendorong atau kebarangkalian untuk mendapat penyakit Alzheimer adalah besar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: