Bual Bicara “Pengalaman Kerjaya Dalam Perkhidmatan Polis dan Cabaran”

21 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Bual bicara ““Pengalaman Kerjaya Dalam Perkhidmatan Polis dan Cabaran” merupakan sebuah program bual bicara yang julung-julung kali dianjurkan dan diadakan oleh Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Program ini turut dianjurkan bersama-sama dengan Pusat Internet Komuniti Kg Tebelu, Pusat Internet Komuniti Bawang Assan, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Malihah, Pusat Internet Komuniti PPR Bt Gong dan Pusat Internet Komuniti PPR Taman Dahlia. Antara tetamu atau panel jemputan yang menyertai bual bicara ini ialah Tuan Inspektor Mohammad Shah Rezan bin Abdul Razak @Hassan, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah, Sarawak dan Tuan Inspektor Mohammad Din Al-Hafiz bin Awaluddin, Pegawai Pengangkutan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi, Kedah.

Antara initpati yang dikongsikan bersama ialah pengalaman dan cabaran yang dihadapi sepanjang menyertai pasukan polis. Kedua-dua dalam kalangan mereka telahpun mula karier sebagai polis sekitar tahun 2014. Pengalaman yang menjadi kenangan bagi mereka berdua ialah mereka dikehendaki siap sedia dan khidmat mereka diperlukan pada bila-bila masa. Tuan Inspektor Mohammad Shah turut berkongsi bidang tugas beliau sepanjang perkhidmatan beliau dalam Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik. Beliau mengulas bahawa sebagai seorang pegawai polis kena kuat dari segi mental dan fizikal. Bagi mengakhiri program bual bicara ini, kami warga kerja Pusat Internet Komuniti mewakli seluruh masyarakat di negara ini mengucapkan terima kasih serta menghargai jasa mereka sebagai pegawai polis demi menjaga keselamatan dan keamanan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali