Bual Bicara “Ahlan Wasahlan Ya Royal Brunei Airlines”

29 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Bual bicara “Ahlan Washlan Ya Royal Brunei Airlines” merupakan sebuah program bual bicara yang julung-julung kali dianjurkan dan diadakan oleh Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dengan syarikat penerbangan. Program ini turut dianjurkan bersama-sama dengan Pusat Internet Komuniti Kg Tebelu, Pusat Internet Komuniti Bawang Assan, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Malihah, Pusat Internet Komuniti PPR Bt Gong dan Pusat Internet Komuniti PPR Taman Dahlia. Antara yang turut hadir dalam sesi bual bicara ini ialah staf-staf syarikat Royal Brunei Airlines yang memberi sokongan dalam program tersebut. Panel jemputan yang memberi serta berkongsi maklumat mengenai Royal Brunei Airlines ialah Encik Philip Leander Lokupi, Pengurus Jualan (Bahagian Malaysia Timur), Royal Brunei Airlines.

Antara initpati yang dikongsikan bersama ialah sejarah penubuhan Royal Brunei Airlines, definisi “codeshare”, perkhidmatan yang disediakan dalam penerbangan dan laluan penerbangan yang disediakan oleh Royal Brunei Airlines. Turut dimuatkan dalam bual bicara ini ialah Encik Philip turut memaklumkan kepada penumpang-penumpang yang mempunyai kemusykilan mengenai tiket dan jadual penerbangan bolehlah menghubungi kakitangan Royal Brunei Airlines melalui talian tetap atau menerusi emel. Encik Philip turut berbesar hati untuk menerima undangan daripada Pusat Internet Komuniti untuk bekerjasama dengan Royal Brunei Airlines pada bila-bila masa. Bagi mengakhiri program temu bual bicara ini, beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Pusat Internet Komuniti yang terlibat atas membantu Royal Brunei Airlines dalam mewar-warkan maklumuat mengenai syarikat penerbangan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali