Kelas Website: Permohonan Bantuan Persekolahan Melalui Portal Pelanggan Baitulmal Kamek
27 April 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 100PM. Kelas ini bertujuan untuk membimbing peserta dalam memohon bantuan persekolahan anaknya yang kini berada di peringkat sekolah rendah.
Peserta ini terlebih dahulu dimaklumkan bahawa permohonan ini amat memerlukan prosedur yang sangat teratur dan ketat kerana ia melibatkan bukti-bukti dokumen yang diperlukan seperti pengesahan pendapatan dan dokumen pengenalan diri. Peserta sedia maklum akan perkara tersebut. Peserta dibimbing dan diajar sepenuhnya oleh staf yang bertugas agar tiada permasalahan berlaku ke atas pemohon tersebut di kemudian hari.
Kelebihan kelas ini ialah agar peserta mudah mendapatkan bantuan yang disalurkan kepada anak melalui beliau oleh Tabung Baitulmal Sarawak dengan bimbingan staf Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak. Segala permohonan telahpun berjalan dengan lancar dan kini hanya menunggu pengesahan daripada pihak Tabung Baitulmal Sarawak. Beliau turut dimaklumkan oleh staf agar terus berhubung dengan Lembaga Baitulmal Sarawak untuk mendapatkan status terkini permohonan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: