Kelas Online Usahawan Aplikasi Canva Logo

20 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom dan hanya melibatkan seorang (1) peserta sahaja. Kelas ini pada pukul 1400PM serta tamat pada pukul 1700PM. Kelas ini bertujuan untuk membantu dan membimbing peserta atau bakal usahawan dalam menguruskan sesuatu perniagaan yang dijalankan pada masa akan datang.

Ini sangat penting dan merupakan perkara asas dalam sesuatu perniagaan kerana ia dapat menentukan sama ada perniagaan itu dapat diteruskan atau di sebaliknya. Setiap usahawan atau peniaga memerlukan kemahiran asas anpa mengira saiz perniagaan atau perusahaan tersebut. Tujuan kelas ini tertumpu kepada pengenalan asas kerana pelajar belum pernah mengunakan perisian Canva. Pelajar belajar cara membuat logo untuk perniagaan beliau. Kelebihan kelas ini dapat memberi tunjuk ajar cara mengunakan perisian canva seperti mereka poster, logo, cover novel/buku, mereka kad sendiri dan cara menggunakan layout yang sedia ada dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali