Kelas Usahawan Individu Pembikinan Banner Menggunakan Applikasi Canva

24 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) usahawan/usahanita yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 400PM. Kelas ini bertujuan untuk membantu usahawan/usahanita dalam penggunaan applikasi Canva yang mana ia boleh digunakan dalam membuat apa sahaja berkaitan dengan poster, banner dan sebagainya.

Canva boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja bergantung kepada citarasa usahawan/usahanita itu sendiri. Usahawan/usahanita tersebut turut diberi penerangan mengenai kebaikan menggunakan applikasi Canva. Kelebihan kelas ini ialah agar usahawan/usahanita memahami dan dapat menyesuaikan diri dengan penggunaan applikasi Canva yang betul dalam pembikinan poster dan sebagainya. Usahawan/usahanita juga boleh memilih segala reka bentuk yang ada mengikut citarasa yang bersesuaian dalam applikasi Canva yang tersedia ada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali