Kelas Microsoft Office Excel: Cipta Kalendar dan Diari Kendiri
3 November 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 500PM. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta untuk mencipta kalendar dan diari kendiri yang ringkas dan mudah. Peserta diajar dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office Excel.
Peserta diminta untuk menyiapkan tugasan mudah iaitu menyediakan kalendar dan diari kendiri bagi tahun baharu iaitu tahun 2022. Kelebihan kelas ini ialah agar peserta dapat merancang dengan lebih awal mengenai aktiviti yang boleh dilakukan pada masa akan datang iaitu pada tahun baharu, tahun 2022. Selain itu, peserta juga boleh jimat dari segi kewangan dengan menyediakan sendiri kalendar dan diari tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: