Kelas Microsoft Office (Excel)

7 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 0900AM serta tamat pada pukul 1200PM. Kelas ini memberi pendedahan tentang cara masukkan data dalam jadual, cara bina jadual dan belajar cara meletak warna dalam jadual. Selain itu pelajar juga belajar cara menyimpan dokumen tersebut. Kelebihan kelas ini menyediakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk meningkatkan kemahiran mereka ke tahap selanjutnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali