Kelas Online Ms. Office (Excel) Jadual dan Graf Chart Aplikasi Zoom
20 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom dan hanya melibatkan seorang (1) peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 0900AM serta tamat pada pukul 1100AM. Kelas ini memberi pendedahan tentang cara membuat jadual dan masukkan data dalam jadual, dan juga belajar cara membuat graf chart dari jadual yang telah diisi data/maklumat. Selain itu pelajar juga belajar cara menyimpan dokumen tersebut. Kelebihan kelas ini menyediakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk meningkatkan kemahiran mereka ke tahap selanjutnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: