Kelas Usahawan Individu- Tatacara Pendaftaran Perniagaan FoodPanda

30 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 300PM. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan serta peluang kepada peserta mengenai tatacara pendaftaran perniagaan secara atas talian yang berkaitan dengan makanan dan minuman iaitu FoodPanda. Peserta juga diberi penerangan mengenai tujuan dan kebaikan pendaftaran perniagaan FoodPanda.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta dapat menjalankan perniagaan secara atas talian pada bila-bila masa memandangkan kerajaan kini menggalakkan para usahawan melangkah ke arah perniagaan secara digital. Ini secara langsung dapat membantunya dari segi penjimatan pelbagai kos khasnya kos operasi. Ini juga sekaligus dapat mengelakkan daripada kontak secara kerap dengan pelanggan yang sedia ada bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dengan varian baharu yang masih aktif dalam negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali