Kelas Pendidikan Pengetahuan Am Individu Secara Maya: Jom Kenali Negara Jiran Kita (Negara Thai)

26 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta sahaja. Kelas ini dilakukan secara atas talian dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti Bawang Assan dan bermula pada pukul 300PM serta tamat pada pukul 500PM. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada peserta mengenai negara jiran iaitu Negara Thai. Peserta didedahkan dengan sejarah penubuhan negara Thai dan sekaligus memperkenal tempat-tempat pelancongan menarik yang boleh dilawati ke sana. Terdapat tayangan video turut dimuatkan dalam sesi ini. Kelebihan kelas ini ialah agar peserta sedikit sebanyak mempunyai pengetahuan mengenai negara Thai agar mudah bagi beliau untuk ke sana dan tidak berasa kekok ketika melawat negara gajah putih itu. Peserta juga diajar untuk bertutur dalam Bahasa Thai yang asas agar mudah baginya untuk bertutur dengan penduduk Thai apabila melakukan sebarang transaksi atau aktiviti yang diperlukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali