Kelas Microsoft Office Word (Menaip Surat) dan Gmail
21 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta atau pelajar yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 1400PM serta tamat pada pukul 1700PM. Kelas ini mengajar asas penggunaan Microsoft Office Word. Pelajar akan diajar cara menaip dengan menggunakan format yang betul, cara besarkan font size yang digunakan dan pilih font yang sesuai. Beliau juga belajar cara simpan fail di desktop komputer. Selain itu, pelajar juga belajar cara memuat lampiran dan menghantar lampiran dalam e-mel. Pelajar akan lebih memahami cara penggunaan Microsoft Office Word dengan lebih baik di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: