Kelas Website Individu: Kemaskini Data Peribadi Melalui Portal Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia(HRMIS)

5 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 1200PM. Kelas ini bertujuan untuk membantu dan membimbing peserta mengemaskini data peribadi seperti diminta di dalam portal yang diinisiatifkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ada sesetengah sistem yang telah dinaiktaraf memerlukan staf Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak untuk membimbing beliau dalam urusan kemaskini data peribadi peserta tersebut. Kelebihan kelas ini ialah agar peserta boleh memahami dan membiasakan diri dengan sistem yang telah dinaiktaraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam selaras dengan keadaan semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali