Kelas Advokasi Individu Secara Maya: Apa Yang Anda Tahu Tentang Strok Haba?
11 April 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan secara atas talian dan bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 1200PM. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada peserta mengenai strok haba. Ini penting kerana ada segelintir masyarakat yang memandang enteng mengenai bahayanya strok haba. Strok haba mudah menyerang dalam masyarakat tanpa mengira usia ketika musim panas yang sedang melanda negara beriklim Khatulistiwa seperti Malaysia.
Kelebihan kelas ini ialah agar peserta boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan lebih awal supaya tidak memudaratkan diri dan juga keluarga pada masa sekarang dan juga masa akan datang lebih-lebih lagi ketika musim panas dan juga bulan suci Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Jika situasi ini tidak diambil berat, maka boleh mengakibatkan kematian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: