Hebahan Mutasi Baharu COVID-19 Dikesan di England
6 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas. Agensi Kesihatan Awam England (PHE) mengesan mutasi baharu virus COVID-19 yang dikenali sebagai VUI-202012/01, khususnya di selatan dan timur negara itu.Menurut laman sesawang kerajaan United Kingdom, mutasi baharu itu dikesan menjangkiti 1,108 individu di England setakat 13 Disember lalu.
PHE memaklumkan, mutasi baharu itu boleh menyebabkan virus berkenaan lebih mudah berjangkit antara individu. Bagaimanapun, jelasnya belum ada sebarang bukti menunjukkan mutasi baharu COVID-19 itu menyebabkan penyakit dialami lebih teruk, memberi kesan pada tindak balas antibodi atau keberkesanan vaksin. Penasihat Perubatan Bersama PHE, Dr Susan Hopkins, berkata pihaknya perlu mengesan perubahan pada strain virus COVID-19 dengan pantas supaya dapat memahami kemungkinan risiko baharu terhadap orang ramai. Beliau menyatakan bahawa cara terbaik untuk menghentikan jangkitan ini adalah kekal pada peraturan asas, iaitu basuh tangan, menggunakan pelindung muka dan jaga jarak dengan orang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: