Kelas Laman Web Individu Tatacara Menyemak Baki, Membuat Pengeluaran dan Memuat Turun Penyata Pendapatan Individu Akaun 1 dan 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

10 April 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) yang hadir ke aktiviti tersebut. Kelas ini bermula pada pukul 200PM dan tamat pada pukul 500PM bertempat di Pusat Internet Komuniti Pasir Pandak. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu dan membimbing peserta dalam menyemak setiap transaksi yang dilakukan dalam akaun KWSP miliknya. Ini penting agar beliau boleh memantau sendiri akaun KWSP tersebut pada bila-bila masa di hujung jari sahaja. Beliau boleh menghubungi sendiri ke pejabat KWSP yang terdekat sekiranya terdapat apa-apa transaksi yang mencurigakan ke atas akaun KWSP miliknya.

Beliau juga turut dimaklumkan dengan terperinci oleh staf berkenaan mengenai tatacara memuat turun penyata secara atas talian sebagai rujukan dan simpanan beliau pada masa akan datang. Kelebihan kelas ini ialah segala semakan dan memuat turun penyata pendapatan individu dapat dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mengikut kehendak peserta. Peserta juga mempunyai kelebihan atau kebaikan dalam memohon apa sahaja pengeluaran mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.Ini amat memudahkan beliau untuk melakukan permohonan kerana bukan sahaja memerlukan masa yang singkat bahkan juga mesra pengguna dan telus.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali