Kelas Microsoft Office Word Pendidikan Bahasa Melayu: Jom Kenali Kata Ganda Berentak

6 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) sahaja yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini diadakan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 1030AM serta tamat pada pukul 1100AM. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan atau meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai penggunaan kata ganda berentak. Peserta didedahkan dengan diberi latihan dengan mengisi makna setiap kata ganda yang diberikan. Peserta juga diberi penerangan serta contoh ayat dengan menggunakan kata ganda berentak yang diberikan.

Kelebihan kelas ini ialah peserta boleh membuat persiapan awal apabila masuk ke alam persekolahan peringkat menengah pada tahun 2021. Ini penting agar peserta telah bersedia sepenuhnya apabila guru di sekolahnya mengajar tajuk Kata Ganda yang menjadi topik penting dalam sukatan pelajaran Tingkatan 1 mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, dengan persiapan awal yang diberikan melalui kelas ini, tiada masalah bagi peserta tersebut untuk menghadapi situasi ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali