Kelas Pendidikan Bahasa Melayu Individu Secara Maya: Jom Ketahui dan Betulkan Kesalahan Umum Ejaan dan Tatabahasa

13 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta sahaja. Kelas ini dilakukan secara atas talian dan bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 100PM. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada peserta atau pelajar mengenai kesalahan umum yang biasa dilakukan oleh pelajar ketika menulis esei atau karangan.

Ia nampak betul pada zahirnya tetapi jika dilihat atau dipandang dengan lebih teliti ia sebenarnya salah. Kelebihan kelas ini ialah agar peserta atau pelajar tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang khasnya menulis esei dan akan mengambil langkah berjaga-jaga supaya makna sesuatu perkataan tidak bercanggah khasnya dari segi ejaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali