Kelas Pendidikan Individu Bahasa Melayu: Penggunaan Kata Seru Yang Betul
10 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta atau pelajar yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 230PM serta tamat pada pukul 430PM. Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam penggunaan kata seru yang betul dalam sesuatu atau bergantung kepada ayat yang diberikan. Ada segelintir pelajar yang belum mahir atau keliru dalam penggunaan kata seru yang bersesuaian dalam ayat yang diberikan. Ini sangat penting khasnya dalam membuat karangan atau esei Bahasa Melayu supaya ia kelihatan cantik dan sempurna bukan sahaja digunakan dalam peringkat sekolah malahan juga dalam kehidupan seharian.
Pelajar turut dibimbing oleh staf PIK dalam latihan penggunaan kata seru. Selain itu, pelajar juga turut diberikan penerangan mengenai setiap kata seru dan bilakah masa sesuai digunakan bergantung kepada ayat yang digunakan sama ada dalam latihan mahupun dalam pertuturan seharian. Kelebihan kelas ini ialah agar pelajar memahami dan dapat menyesuaikan diri dengan penggunaan kata seru yang betul dalam sesuatu ayat yang digunakan dalam latihan tatabahasa dan juga dalam karangan atau esei Bahasa Melayu bukan sahaja dalam peringkat sekolah malahan sampai bila-bila. Ini juga penting dalam pertuturan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: