Kelas Pendidikan Individu Bahasa Melayu Tingkatan 1: Penggunaan Kata Adjektif
22 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta atau pelajar yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 500PM. Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam penggunaan kata adjektif yang betul dalam sesuatu ayat yang diberikan. Ada segelintir pelajar yang belum mahir atau keliru dalam penggunaan kata adjektif yang bersesuaian dengan ayat yang diberikan. Ini sangat penting khasnya dalam membuat karangan, latihan tatabahasa serta dalam pertuturan seharian.
Penggunaan kata adjektif juga turut diselitkan dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1.Pelajar turut dibimbing oleh staf PIK dalam latihan penggunaan kata adjektif. Selain itu, pelajar juga turut diberikan penerangan mengenai setiap kata adjektif dan bilakah masa sesuai digunakan bergantung kepada ayat yang digunakan sama ada dalam latihan mahupun dalam pertuturan seharian. Kelebihan kelas ini ialah agar pelajar memahami dan dapat menyesuaikan diri dengan penggunaan kata adjektif yang betul dalam sesuatu ayat yang digunakan dalam latihan tatabahasa dan juga dalam karangan. Bahasa Melayu bukan sahaja penting dalam peringkat sekolah malahan sampai bila-bila. Ini juga penting dalam pertuturan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: