Kelas Pendidikan Geografi Individu Secara Maya: Penduduk dan Petempatan Di Asia Tenggara

14 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta sahaja. Kelas ini dilakukan secara atas talian dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti Bawang Assan dan bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 1200PM. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada peserta atau pelajar mengenai bilangan populasi penduduk serta ibu negara di setiap negara dalam Asia Tenggara. Pelajar juga diajar secara ringkas untuk mengira kadar kepadatan penduduk di setiap negara tersebut.

Selain itu, secara tidak langsung pelajar turut dimaklumkan mengenai trivia ringkas mengenai setiap negara tersebut Kelebihan kelas ini ialah agar peserta atau pelajar mempunyai pengetahuan dan minda mengenai setiap negara di Asia Tenggara yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk diri sendiri dan boleh berkongsi maklumat dengan orang lain. Ini juga penting kerana apa yang dipelajari turut termasuk dalam sukatan pelajaran Geografi dan bakal ditanya dalam soalan PT3 pada masa akan datang memandangkan pelajar tersebut kini berada dalam Tingkatan 2.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali