Hanoi Lancarkan Kereta Api Moden Pertama

7 November 2021 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas. Hanoi, bandar yang sesak dengan kira-kira lima juta motosikal hari ini melancarkan sistem kereta api moden pertamanya.Ia sebagai usaha pihak berkuasa dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran, yang lama membelenggu ibu kota Vietnam itu. Selepas kelewatan projek itu selama beberapa tahun dengan kos pembinaan mencecah dua kali ganda, akhirnya orang ramai berpeluang melihat gerabak kereta api itu keluar dari stesen Cat Linh.Kereta api buatan China itu memulakan perjalanan dari stesen Cat Linh yang berhampiran pusat bandar sejauh 13 kilometer (km) ke arah kawasan berpenduduk padat di timur Vietnam.

Salah seorang penumpang, Nguyen Thi Thu, tidak melepaskan peluang untuk mencuba perkhidmatan itu kerana perasaan ingin tahu.Penumpang lain pula turut mengambil peluang mengambil gambar di hadapan kereta api, manakala kanak-kanak pula mempamerkan wajah hairan sambil merenung ke luar tingkap dari dalam gerabak. Hanoi dengan populasi sembilan juta itu terkenal di seluruh dunia kerana padat dengan motosikal yang memenuhi jalan di bandar, sekali gus memberi risiko buat pejalan kaki.Menurut statistik dari pihak polis, jumlah motosikal di jalan raya melonjak daripada dua juta pada 2008 kepada 5.7 juta pada 2020.

Pada masa sama, bilangan kereta juga meningkat daripada 185,000 kepada 700,000 dalam tempoh sama.Jurucakap kementerian pengangkutan, Vu Hong Son, yakin perkhidmatan kereta api akan menangani banyak isu termasuk pencemaran dan kesesakan di Hanoi. Perkhidmatan kereta api Cat Linh-Ha Dong mengambil masa sedekad untuk disiapkan, dengan pembinaannya terganggu beberapa kali disebabkan isu keselamatan dan kos meningkat kepada AS$900 juta (RM3.74 bilion) daripada peruntukan asal AS$550 juta (RM2.28 bilion). Sembilan lagi landasan dan laluan dirancang turut dibina menuju ke Hanoi menjelang 2030.

Sumber: Berita Harian Online, 06/11/2021.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali