Kelas Laman Web Secara Maya: Tatacara Mendaftar Menjadi Ahli Enrich Malaysia Airlines (MAS)

26 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan dua orang (2) peserta. Kelas ini dilakukan secara atas talian dan bermula pada pukul 900PM serta tamat pada pukul 1100PM. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada peserta mengenai kebaikan menjadi ahli Enrich Malaysia Airlines. Enrich Malaysia Airlines ialah sebuah program kesetiaan yang ditawarkan oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) di mana pelanggan atau penumpang boleh mendapat mata ganjaran dengan mudah dengan kerap menggunakan perkhidmatan MAS ke mana-mana destinasi yang ditawarkan olehnya pada bila-bila masa. Kelebihan kelas ini ialah agar peserta tahu serba sedikit mengenai kebaikan menjadi ahli Enrich Malaysia Airlines. Antara faedah yang boleh diperolehi ialah penebusan mata ganjaran serta merta iaitu penebusan untuk mendapatkan tiket penerbangan secara percuma serta mendapat diskaun dan layanan istimewa daripada organisasi-organisasi yang mempunyai perjanjian strategik dengan MAS

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali