Kelas Pendidikan Individu Pengetahuan AM Sempena Hari Wilayah Persekutan-Kenali Wilayah Persekutuan
2 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 0230PM serta tamat pada pukul 0430PM. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar atau peserta bagi mengenali beberapa buah Wilayah Persekutuan yang ada dalam negara kita.
Pelajar juga turut diberi penerangan sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan juga tujuan sambutan Hari Wilayah Persekutan diadakan. Peserta turut diberi latihan bagi menguji mindanya selepas kelas dan juga penerangan atau info yang telah diberikan. Kelebihan kelas ini ialah sebagai info tambahan kepada peserta itu sendiri. Ini juga penting kerana info tersebut turut diselitkan atau dimuatkan ke dalam sukatan pelajaran Kajian Tempatan peringkat sekolah rendah serta Geografi peringkat sekolah menengah. Oleh yang demikian, ini merupakan satu kredit kepada peserta itu sendiri oleh sebab mendapat info atau maklumat dengan lebih awal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: