Kelas Microsoft Office Word: Membuat Profil Syarikat
28 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 500PM. Kelas ini bertujuan untuk membimbing peserta dalam penyediaan profil syarikat. Tujuan profil syarikat dilakukan ialah sebagai dokumen sokongan dalam apa jua perkara yang berkaitan dalam permohonan tender khasnya serta rekod simpanan peserta. Peserta juga dibimbing sepenuhnya serta diberi penerangan ringkas mengenai tatacara menggunakan saiz dan “font” yang betul serta bersesuaian dalam penyediaan profil tersebut. Ini kerana peserta merupakan seorang warga emas dan masih belum mempunyai kemahiran sepenuhnya mengenai perkara yang berkaitan dengan ICT dan digital. Kelebihan kelas ini ialah agar peserta tahu dalam penyediaan dokumen yang kini sudah beralih arah ke digital sepenuhnya. Penyediaan dokumen seperti profil ini boleh dilakukan pada bila-bila masa kerana ia cepat, mudah dan fleksibel.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: