Kelas Laman Web Pendidikan Individu Tatacara Mendaftar dan Memohon Bantuan Prihatin Rakyat 2021
8 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 1030AM serta tamat pada pukul 1230PM. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta bantuan kepada peserta yang pertama kali mendaftar dan memohon Bantuan Prihatin Rakyat 2021. Peserta turut diberi penerangan lebih lanjut mengenai info Bantuan Prihatin Rakyat 2021.
Peserta turut dibantu oleh staf Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak untuk mengisi segala data yang diperlukan oleh sistem. Kelebihan kelas ini ialah agar tidak memberi masalah kepada peserta dari segi pengisian data yang diperlukan dengan adanya bantuan daripada staf Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak. Ini penting kerana jika terdapat kesilapan dalam mengisi data penting yang diperlukan, ia akan membei masalah kepada peserta yang juga merupakan pemohon baharu yang boleh menjejaskan tempoh masa bantuan yang akan disampaikan kepadanya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: