Kelas Usahawan Individu Secara Maya - Skim Pembiayaan Mikro

20 April 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan secara atas talian dan bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 1200PM. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada peserta/usahawan mengenai kemudahan skim ini. Ini penting buat usahawan atau bakal usahawan yang ingin membuat pinjaman mudah dengan nilai yang rendah daripada institusi kewangan iaitu bank-bank yang terpilih.

Ini kerana aliran tunai yang sedia ada mungkin tidak dapat menampung perbelanjaan modal baharu seperti sebelum ini susulan pandemik COVID19 yang mengakibatkan aktiviti ekonomi hampir lumpuh dan kesannya amat ketara buat usahawan yang sedia ada. Kelebihan kelas ini ialah agar usahawan atau bakal usahawan mudah mendapat pinjaman untuk keperluan modal bagi meneruskan perniagaannya susulan pandemik COVID19 masih lagi aktif menular dan ini mengakibatkan usahawan yang sedia ada mengalami kerugian dan hampir gulung tikar. Dengan adanya kelas ini, sekurang-kurangnya dapat membantu usahawan yang sedia ada untuk mendapatkan pinjaman mudah daripada institusi kewangan bagi meneruskan perniagaan yang menjadi sumber rezeki buat sekeluarga. Segala terma dan syarat bergantung kepada bank-bank terpilih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali