Kelas Microsoft Office Word Individu: Membuat Surat Permohonan Cuti Tahunan

24 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 1200PM. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada peserta dari segi penggunaan format yang betul untuk membuat atau menghasilkan apa sahaja surat yang berkaitan dengan urusan rasmi. Pada sesi kali ini, peserta diajar untuk menghasilkan surat permohonan cuti tahunan beliau. Beliau juga diajar dengan menggunakan Bahasa Melayu yang betul dan sempurna dari segi ejaan dan tatabahasa serta struktur ayat. Peserta juga diajar menggunakan “font” dan saiz yang bersesuaian untuk menjadikan surat tersebut kelihatan cantik dan sempurna. Kelebihan kelas ini ialah agar peserta sedikit sebanyak mempunyai pengetahuan untuk menghasilkan surat yang berkaitan dengan urusan rasmi yang betul dari segi formatnya. Ini penting kerana ia berguna di mana-mana sahaja yang melambangkan diri seseorang itu seorang profesional.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali