Kelas Usahawan Secara Maya: Tips Asas Memulakan Perniagaan Secara Kecil-Kecilan

23 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan dua (2) orang peserta. Kelas ini dilakukan secara atas talian dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong dan bermula pada pukul 930PM serta tamat pada pukul 1030PM. Kelas ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai perkara-perkara asas dan penting yang perlu ada sebelum memulakan perniagaan. Ini kerana perniagaan yang bakal dijalankan bukan hanya dilakukan dalam jangka masa pendek sahaja tetapi akan berpanjangan sampai bila-bila. Perniagaan bukanlah perkara yang boleh diambil enteng. Kelebihan kelas ini ialah agar peserta tahu dan mengambil berat akan tips atau info yang dikongsikan kepada mereka. Terdapat sesi soal jawab dan pendapat turut diselitkan dalam kelas tersebut bagi melancarkan atau menajamkan pemahaman serta memberi keyakinan mereka sebelum memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali