Kelas Usahawan Individu Secara Maya: Pentingnya Akaun Dalam Perniagaan

13 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta sahaja. Kelas ini dilakukan secara atas talian dan bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 500PM. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada peserta mengenai pentingya ada akaun dalam perniagaan tak kira sama ada perniagaan secara kecil-kecilan, sederhana mahupun besar. Ini penting kerana daripada akaun peserta tahu sama ada perniagaan yang dijalankan itu berjaya atau tidak. Akaun merupakan sesuatu perkara yang boleh dikatakan sebagai “tulang belakang” sesuatu perniagaan.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta tahu serta sedar akan pentingnya sesuatu akaun dan menentukan selok belok perniagaannya pada masa akan datang. Akaun juga boleh dikatakan sesuatu perkara yang boleh menentukan juga sama ada perniagaan boleh diteruskan atau disebaliknya. Oleh yang demikian, setiap perniagaan mesti mempunyai akaun meskipun akaun yang dibuat adalah ringkas. Setiap transaksi mesti dicatatkan meskipun nilainya agak kecil.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali