Kelas ICT Individu Secara Maya-Tatacara Menempah Hotel Penginapan Menerusi Agoda

5 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) sahaja yang menyertai kelas tersebut.Kelas ini dilakukan atas talian sahaja dan bermula pada pukul 900AM dan tamat pada pukul 1200PM. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan atau mendedahkan kepada peserta mengenai tempat penginapan atau hotel boleh dilakukan menerusi laman sesawang Agoda iaitu laman sesawang yang membantu peserta untuk memilih lokasi hotel yang berdekatan atau menjadi pilihan di hati peserta.

Laman sesawang ini juga turut memberitahu atau memaklumkan kepada peserta mengenai kadar yang turut dibayar bergantung kepada tempoh masa penginapan di hotel berkenaaan. Kelebihan kelas ini ialah peserta boleh memilih lokasi penginapan atau hotel yang diingini.Laman sesawang ini juga memaklumkan atau menyenaraikan nama-nama hotel yang boleh ditempah. Di situ, peserta mempunyai pelbagai pilihan. Bukan itu sahaja, laman sesawang Agoda turut menyediakan diskaun atau rebat kepada pengguna atau peserta jika menempah hotel atau tempat penginapan melaluinya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali