Kelas Microsoft Office Word: Tatacara Membuat Laporan Aktiviti
27 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 500PM. Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara membuat laporan aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana pertubuhan atau kelab mengikut format yang standard dan betul.Peserta diberi tugasan mudah untuk menyiapkan simulasi laporan aktiviti bagi menguji kefahaman peserta. Kelebihan kelas ini ialah peserta mendapat pengetahuan dan mempunyai kemahiran dalam penyediaan dan membuat laporan aktiviti bukan sahaja pada masa sekarang bahkan juga pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: