Kelas Microsoft Office Word Cara Membuat Risalah

22 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta atau pelajar yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 0900AM serta tamat pada pukul 1100AM. Kelas ini mengajar asas penggunaan Microsoft Office Word. Pelajar akan diajar cara membuat risalah. Pelajar pilih templat yang tersedia ada dan hanya perlu memasukkan ayat dan gambar. Pelajar akan belajar cara masukkan warna, perkataan dan gambar dalam risalah. Selepas itu, pelajar juga belajar cara simpan fail di komputer. Pelajar akan lebih memahami cara penggunaan Microsoft Office Word dengan lebih baik di masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali