Kelas Microsoft Office Word: Tatacara Membuat Memo
29 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 500PM. Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara membuat memo ringkas mengikut format dan spesifikasi yang betul. Peserta diberi taklimat ringkas mengenai kepentingan menyediakan memo tersebut serta membantunya menggunakan font dan saiz yang bersesuaian. Kelebihan kelas ini ialah peserta mendapat pengetahuan dan mempunyai kemahiran dalam penyediaan dan membuat memo bukan sahaja pada masa sekarang bahkan juga pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: