Aktiviti ICT Individu-Permohonan Baharu Untuk I-Sinar KWSP

4 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) sahaja yang menyertai kelas tersebut.Kelas ini bermula pada pukul 930AM dan tamat pada pukul 1000AM. Aktiviti ringkas ini bertujuan untuk membantu dan membimbing peserta dalam memohon untuk I-Sinar iaitu skim pengeluaran khas untuk pencarum KWSP dari Akaun 1 susulan pandemik COVID19 masih aktif menular di seluruh dunia sekaligus terus menjejas pendapatan isi rumah.

Hanya prosedur ringkas sahaja diperlukan dalam permohonan ini. Kelebihan aktiviti ini ialah peserta tidak perlu bersusah payah ke pejabat KWSP terdekat untuk memohon I-Sinar. Ini sekaligus dapat menjimatkan kos minyak, masa dan tenaga ke sana. Segalanya hanya di hujung jari sahaja dalam masa yang pendek.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali