Kelas Pengajian Al-Quran

3 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Pengajian Al-Quran ini julung-julung kali diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pasir Pandak pada hari Sabtu bersamaan 8/1/2022. Antara yang menghadiri kelas pertama ini ialah warga kerja PEDi Kg Pasir Pandak sendiri. Tenaga pengajar yang mengendalikan kelas tersebut ialah Cik Sollehah binti Al-Fadzil. Antara perkara atau kandungan yang diselitkan juga dalam kelas tersebut ialah mengenai hukum tajwid. Kelas Pengajian Al-Quran akan diadakan selama 3 jam pada setiap hari Sabtu dan Ahad, dari jam 2.00 petang-5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali