6 pejabat Imigresen lanjut waktu operasi pengeluaran pasport
10 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.
Jabatan Imigresen (Imigresen) melanjutkan waktu operasi enam pejabatnya hingga jam 10 malam mulai Rabu (11/5/2022) untuk mengatasi kesesakan berikutan peningkatan mendadak permintaan untuk urusan pasport.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata pejabat terbabit lanjutan operasi adalah Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.Bagi Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Kelantan dan Perlis waktu operasi adalah hingga jam 6 petang manakala bagi semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung hingga 10 malam.Semua pejabat pasport di Semenanjung Malaysia akan beroperasi pada hari Sabtu bermula 8 pagi hingga 12.30 tengah hari bermula 14 Mei.Beliau berkata juga semasa dalam sidang media Penambahbaikan Perkhidmatan Kaunter Pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa, bagi rakyat Malaysia yang akan mengerjakan ibadah Haji boleh terus hadir ke mana-mana pejabat pengeluar pasport dengan membawa surat tawaran daripada Tabung Haji (TH) dan kaunter khas yang disediakan.
Sejak pembukaan pintu sempadan negara pada 1 April lalu jumlah peningkatan pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) adalah sebanyak 40 peratus.Hingga 6 Mei, sebanyak 165,449 PMA telah dikeluarkan pejabat Imigresen seluruh negara berbanding 111,931 PMA yang dikeluarkan pada Mac 2022.Negeri yang mencatatkan permohonan PMA tertinggi adalah Putrajaya, Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.Dalam tempoh itu seramai 1,388,434 rakyat Malaysia telah membuat perjalanan ke luar negara bagi urusan rasmi Kerajaan, menunaikan umrah dan haji, perniagaan, menyambung pelajaran, perubatan dan lawatan sosial.
Khairul Dzaimee berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima daripada orang ramai, isu yang dikenal pasti dalam proses permohonan PMA adalah isu kelewatan menerima notifikasi melalui e-mel selepas permohonan, masalah untuk memuat naik gambar dan masalah cap jari.Selain itu, pelanggan juga menghadapi masalah tidak mendapat nombor giliran dan terpaksa menunggu lama.Sehubungan itu, Imigresen telah memansuhkan Sistem Temujanji Online (STO) bagi semua pejabat pengeluar pasport di seluruh negara bermula Rabu ini.Semua urusan pembaharuan PMA di seluruh negara perlu dibuat melalui sistem online kecuali bagi permohonan PMA baharu, kategori warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak 13 tahun ke bawah, jemaah haji, pelajar serta PMA yang telah rosak dan hilang.
Pemohon yang mempunyai masalah cap jari masih boleh meneruskan permohonan hingga proses bayaran dan pemohon boleh hadir terus ke pejabat pemungut yang dipilih bagi pengambilan semula cap jari.Kelulusan menerusi sistem online ini boleh diperoleh dalam tempoh tiga hari bekerja menerusi notifikasi yang dihantar kepada e-mel dan pemohon boleh hadir ke pejabat pemungut sekiranya tidak mendapat notifikasi selepas tempoh itu.
Sumber: Berita Harian Online, 09/05/2022.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: