GST Singapura naik 8 peratus mulai tahun depan
10 November 2022 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.
Cukai barang dan perkhidmatan (GST) di republik ini akan dinaikkan mulai tahun depan selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang (Pindaan) Cukai GST, meskipun mendapat bantahan dalam kalangan pembangkang.Keputusan itu menyaksikan GST Singapura akan dinaikkan daripada tujuh peratus kepada lapan peratus mulai 1 Januari 2023, dan lapan peratus kepada sembilan peratus bermula 1 Januari 2024.
Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong, mengumumkan kerajaan akan membelanjakan lagi SGD$1.4 bilion (RM4.7 bilion) bagi mengimbangi kesan kenaikan GST bagi kebanyakan isi rumah Singapura untuk sekurang-kurangnya lima tahun.
Terdahulu, pembangkang mempersoalkan sama ada kenaikan GST itu dilaksanakan sesuai pada waktunya berikutan tekanan inflasi yang dihadapi republik sejak beberapa bulan kebelakangan ini.Kumpulan pembangkang menyifatkan keputusan menaikkan GST sebagai langkah yang teruk dan tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, Menteri Kanan Negara Kanan (Kewangan merangkap Pengangkutan), Chee Hong Tat, menjelaskan di Parlimen semalam bahawa pelancong dan warga asing tinggal di Singapura membayar separuh daripada GST pada 2018 dan 2019.Ia berjumlah hampir SGD$3 bilion (RM10 bilion), atau sekitar separuh daripada GST tahunan bersih yang dibayar isi rumah dan individu pada 2018 dan 2019. Menurut beliau lagi, isi rumah dan individu membayar GST sekitar SGD$6.8 bilion (RM23 bilion) setahun pada 2018 dan 2019, lepas ditolak bayaran balik di bawah Skim Bayaran Balik Pelancong.
Lepas ditolak Baucar GST lebih SGD$1 bilion (RM3.3 bilion) yang diberi setahun kepada isi rumah warga Singapura, GST tahunan bersih yang dikumpul daripada isi rumah dan individu ialah sekitar SGD$5.7 bilion (RM19.2 bilion).Pelancong dan warga asing yang tinggal di Singapura membentuk sekitar 50 peratus daripada jumlah itu manakala kumpulan 20 peratus teratas daripada isi rumah penduduk di Singapura membentuk bakinya.Tambah Hong Tat lagi, data 2020 dan tahun lalu tidak dikemukakan kerana tidak mewakili corak perbelanjaan sebenar akibat pandemik COVID-19. Sebahagian besar GST bersih yang dikumpul pemerintah sebenarnya dibiayai dua kumpulan. Maksudnya baki 30 peratus dibiayai oleh yang lain - baki 80 peratus isi rumah dan individu. Ini bermakna ada sebahagian GST bersih dibayar kumpulan berbeza dalam masyarakat, termasuk golongan pendapatan pertengahan dan pertengahan atas, namun kesan yang mereka tanggung bukan jumlah penuhnya.
Tambah beliau, pakej sokongan pemerintah meliputi juga isi rumah berpendapatan pertengahan dan turut memberi manfaat kepada golongan berpendapatan lebih tinggi atau tinggal di hartanah persendirian.
Sumber: Berita Harian Online, 9/11/2022.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: