Usahawan luar bandar perlu kuasai kemahiran digital - Mahdzir
12 September 2022 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyarankan usahawan luar bandar agar melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran digital dalam menghadapi persaingan perniagaan yang semakin kompetitif.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata dunia sentiasa mengalami perubahan dan pemacu asas ke arah perubahan adalah tranformasi digital, iaitu penggunaan teknologi digital dalam urusan perkhidmatan atau perniagaan.
Menurut beliau, usahawan digalakkan menghadiri latihan dan program peningkatan kemahiran digital bagi memastikan produk yang dipasarkan dapat menarik perhatian. Malah, beralih kepada pemasaran secara digital kini adalah norma baharu dalam perniagaan. Beliau berkata lagi bahawa memasarkan produk di media sosial sahaja tanpa strategi dan kemahiran mungkin tidak memberi impak yang berkesan. Oleh sebab itu, KPLB menyediakan kursus dan bimbingan digital. Ia bagi membantu usahawan luar bandar dalam memasar, menambah baik mutu dan kualiti produk untuk memulakan perniagaan dalam talian, termasuk menyediakan platform DesaMall@KPLB.
Sumber: Berita Harian Online, 11/09/2022.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: