Kelas Microsoft Excel Individu: Tatacara Penyediaan Data Dalam Bentuk Graf Bar Dan Carta Pai

12 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 900AM serta tamat pada pukul 100PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara penyediaan data dalam bentuk graf bar dan carta pai. Peserta dibimbing dengan sepenuhnya dari awal sesi sehingga beliau mahir mencuba sendiri menyediakan data tersebut.

Kelebihan kelas ini ialah peserta dapat mempraktikkan sendiri hasil pembelajaran yang diberi oleh tenaga pengajar pada bila-bila masa yang sesuai. Ini penting kerana ia amat diperlukan dalam kehidupan seharian khasnya melibatkan perbelanjaan kewangan bulanan dan yang berkaitan dengannya. Peserta dimaklumkan bahawa beliau dialu-alukan untuk datang ke PEDi Kg Pasir Pandak jika beliau memerlukan bantuan lain yang berkaitan daripada staf PEDi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali