Kelas Website Menempah Tiket Pesawat Aplikasi Agoda

14 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) sahaja yang menyertai kelas tersebut. Kelas bermula pada pukul 0230PM dan tamat pada pukul 0430PM

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta betapa jimatnya dari segi kos dan juga masa semasa menempah tiket pesawat secara dalam talian dan tidak perlu lagi pergi ke pejabat tiket. Peserta diajar bagaimana cara untuk menempah tiket pesawat secara teratur dan efektif. Bukan itu sahaja, peserta juga boleh memilih destinasi pilihannya di hujung jari sahaja.

Kelebihan kelas ini ialah peserta dapat mencuba sendiri memilih destinasi idamannya pada bila-bila masa. Ia dapat dilakukan tak kira siang atau malam. Pada masa yang sama juga, peserta boleh mendapat info mengenai promosi yang disediakan oleh kedua-dua syarikat penerbangan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali