New Zealand buka sempadan antarabangsa mulai akhir Julai
12 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.
New Zealand akan membuka semula sempadan antarabangsanya mulai 11.59 malam 31 Julai depan.
Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata langkah itu juga akan menyaksikan kapal persiaran dialu-alukan kembali ke pelabuhan tempatan pada hari sama.
Pembukaan sempadan pada akhir Julai adalah dua bulan lebih awal daripada jangka masa ditetapkan kerajaan, sekali gus membolehkan pelawat yang memiliki visa boleh ke negara itu.
Beliau berkata pembukaan sempadan akan membantu mengurangkan kekurangan tenaga kerja mahir dengan segera, membuka pelancongan dan meletakkan tetapan imigresen pada kedudukan lebih selamat.
Ardern juga berkata demikian bahawa New Zealand sedang membina rancangan yang terbukti menjamin masa depan ekonomi negara tersebut.
Sumber: Berita Harian Online, 11/05/2022.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: